NEWSLETTER HARIAN FRED TAM (SELASA, 21/03/2017)

RAMALAN KLSE BUAT 21-03-2017 (SELASA): REKOD KETINGGIAN BARU BAGI VOLUME SELAMA 2 TAHUN ADALAH PETANDA BULL KEMBALI NAMUN, ADAKAH SAHAM-SAHAM SUDAH OVERBOUGHT SEKARANG? – FRED TAM

Selamat sejahtera kepada semua,

FBM-KLCI telah ditutup pada aras lebih tinggi sebanyak 4.21 mata ataupun 0.24% di 1749.41. Kaunter Untung mengatasi Kaunter Rugi sebanyak 546 berbanding 421 dengan 744 kaunter tidak berubah.

Stok-stok di Bursa Malaysia meneruskan kenaikan lebih tinggi daripada Jumaat lepas, seperti MBSB, TA, E&O dan FGV sebagai contoh. Turut naik dengan tinggi ialah beberapa saham ‘Pengikut’, seperti OLYMPIA, PUC, DATAPRP. Sesetengah lagi mangalami kejatuhan harga disebabkan pengambilan keuntungan seperti MALTON dan D&0.

Pada pendapat saya, saham-saham yang jatuh ini mungkin akan mengalami Lantunan Harga memandangkan Sentimen Bullish akan menolak harga dalam pasaran naik ke atas. Ini akan merangsang saham-saham Small Cap dan Mid Cap.

Namun, memandangkan pasaran berada dalam keadaan Overbought, para pedagang perlu berhati-hati dan bijak memilih saham untuk dibeli walaupun saham tersebut sedang menaik. Kepada yang sudah membeli, ambil sedikit keuntungan daripada
saham-saham yang mengalami kenaikan mendadak dan tunggu Pullback untuk membeli semula.

Ini adalah saham-saham dalam Pemerhatian buat hari Selasa.
PRESTAR, FGV, GKENT, E&O, MBSB, TA, UEMS, LANDMARK, AFFIN. Saham-saham lain sila kekalkan posisi dan bagi MALTON, jual dan ambil keuntungan.

Semoga hari Selasa anda membawa tuah dan seperti biasa, Selamat Berdagang!

 


Yang Benar,

Fred Tam
MFTA(USA), M. Phil(MMU)., MSTA(UK).,
CFTe.(USA)., ACCA(UK)
Principal Lecturer of Asia-e-University-PCFTA-EMBA Course
Malaysia’s First Recipient of the Master of
Financial Technical Analysis (IFTA-USA)

F1 Academy of Technical Analysis
Block B, Floor 23A-17, The Scott Garden
Scott Soho Duplex Suite, 289, Jalan Klang Lama
58000 Kuala Lumpur
Contact No:03-7972-4090
Website:www.f1traderacademy.com
www.fredtambookstore.com
www.fredtamnewsletter.com