15 Apr NEWSLETTER HARIAN FRED TAM (ISNIN, 17-04-2017)
RAMALAN KLSE BUAT 17-04-2017 (ISNIN): ADAKAH KOREA UTARA AKAN MENERUSKAN PERCUBAAN LETUPAN NUKLEAR KE-6 MINGGU INI? KLCI TERUS JATUH NAMUN SAHAM-SAHAM TAD MASIH BELUM MENUNJUKKAN SIGNAL JUAL – FRED TAM
Selamat sejahtera kepada semua,
FBM-KLCI telah ditutup pada aras lebih rendah sebanyak 7.19 mata ataupun 0.41% di aras 1730.99. Kaunter Rugi mengatasi Kaunter Untung sebanyak 801 berbanding 171 dengan 801 kaunter tidak berubah.
Daripada pembukaan KLCI sehingga masa tutup, saham-saham Malaysia terus menunjukkan kejatuhan – apabila Indeks Dow Jones jatuh 138 mata dan tutup pada paras 20,561 disebabkan ketegangan antara Korea Utara dan Amerika Syarikat.
Para pelabur mengambil langkah berjaga-jaga disebabkan kerisauan yang Korea Utara akan meneruskan percubaan letupan Bom Nuklear ke-6 dan yang juga kebetulan bersamaan dengan cuti umum Good Friday di Amerika Syarikat.
Berita yang keluar buat minggu lepas sememangnya bersifat Bearish. Namun, mengapa saya belum mengeluarkan nasihat untuk “Jual” buat saham-saham TAD? Sebabnya mudah sahaja, belum keluar lagi signal Jual TAD buat saham-saham berikut. Masih belum kelihatan 3 Anak Panah Merah/ Jual buat masa ini. Sekiranya harga-harga saham terus jatuh Isnin ini, dukacitanya akan ada saham-saham yang akan mengeluarkan Signal Jual – dan tindakan yang dicadangkan ialah mengurangkan posisi sedia ada sebanyak 30-50%.
Namun, terdapat saham-saham seperti GKENT, JHM, PENTA, DUFU, telah membuat pendakian Parabolik setahun dua ini dan telah jatuh terlalu drastik minggu ini atau dalam 10 hari sebelum. Terdapat potensi untuk Lantunan Harga berlaku. Saham-saham ini belum mengeluarkan Signal Jual TAD (namun sudah keluar Signal Jual bagi mereka yang menggunakan teknik 1-2 Bar Stop), maka “Pembelian Average” boleh dilakukan asal sahaja 5 kriteria “Beli Di Akar”/ “Buy on Dips” (BOD) sudah lulus.
Saham bagi hari Isnin yang sudah jatuh ke paras Sokongan Fibonacci Retracement 38% hingga 62% dan hampir lulus 5 kriteria BOD adalah: PENTA, JHM, GKENT, DUFU, ANZO,ANZO-WA, ANZO-WB. Sila kekalkan Posisi bagi saham-saham yang lain.
Alert bagi Saham-saham buat hari Isnin (Pembelian Teknikal dengan syarat Breakout Aras Rintangan) akan diumumkan selewat-lewatnya hari Ahad ini.
Semoga hari Isnin anda membawa tuah namun, ambil tindakan berjaga-jaga kerana ketidakstabilan pasaran mungkin akan menolak turun lagi saham-saham dan mungkin akan mengeluarkan Signal Jual TAD.
Sila perhatikan saham-saham anda untuk Signal Jual TAD
—
Yang Benar,
Fred Tam
MFTA(USA), M. Phil(MMU)., MSTA(UK).,
CFTe.(USA)., ACCA(UK)
Principal Lecturer of Asia-e-University-PCFTA-EMBA Course
Malaysia’s First Recipient of the Master of
Financial Technical Analysis (IFTA-USA)
F1 Academy of Technical Analysis
Block B, Floor 23A-17, The Scott Garden
Scott Soho Duplex Suite, 289, Jalan Klang Lama
58000 Kuala Lumpur
Contact No:03-7972-4090
Website:www.f1traderacademy.com
www.fredtambookstore.com
www.fredtamnewsletter.com
Hak milik mutlak. Newsletter di atas mengandungi maklumat yang mungkin tertutup ataupun hanya khas buat pelanggan Fred Tam sahaja. Sekiranya anda bukan mereka yang berkaitan, sila ketahui bahawa menyalin, mengedar dan menggunakan maklumat di atas adalah dilarang. Sekiranya anda tersilap menerima Newsletter ini, sila maklumkan penghantar segera atau hubungi Fred Tam di fredtam6@gmail.com.
Penafian:
Kepada semua pengguna SISTEM TAD, segala maklumat yang terkandung di sini (Carta, Komen atau Analisis) adalah tertakluk untuk KEGUNAAN DALAMAN SAHAJA. Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal asal atau kerugian lain. Artikel dan carta yang disediakan adalah sekadar maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai sebagai khidmat nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang dinyatakan di sini. Pengarang dan / atau kakitangannya mungkin mempunyai posisi dalam sesetengah instrumen ini. Pengarang tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kehilangan modal hasil daripada penggunaan maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. Anda digalakkan untuk mendapatkan khidmat nasihat penasihat profesional yang berlesen untuk sebarang tujuan pelaburan.