NEWSLETTER HARIAN FRED TAM (ISNIN, 20-03-2017)

RAMALAN KLSE BUAT 20-03-2017 (ISNIN): KLCI BULLISH NAMUN SAHAM BERPOTENSI BERUBAH ARAH KERANA SESETENGAH DARINYA SUDAH OVERBOUGHT. SILA AMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA – FRED TAM

Selamat sejahtera kepada semua,

FBM-KLCI telah ditutup pada paras lebih tinggi sebanyak 8.06 mata ataupun 0.46% di 1745.20. Kaunter Untung lebih tinggi berbanding Kaunter Rugi sebanyak 591 berbanding 368 manakala terdapat 763 kaunter Tidak Berubah.

Kenaikan pada hari Jumaat dijangka akan berterusan setelah Aras Rintangan Utama 1730 berjaya dilepasi dengan mudah. Saya menjangkakan Pasaran Bullish buat jangka masa pendek, dengan Target di antara 1775 -1785.

Namun, sesetengah Kaunter Indeks dan Lower Liners mengundang Pengambilan Keuntungan pada sesi tengahari Jumaat walaupun Volume meningkat pada ketinggian melebihi rekod selama setahun 9 bulan – yang kali terakhir dapat dilihat pada 3/6/2015 – saya menjangkakan sedikit ketidaktentuan Trend bderlaku dalam beberapa hari akan datang. Kebanyakan saham sama ada tutup dengan batang lilin “Shooting Star” atau “Doji” pada masa tutup.

Kecuali, sekiranya pasaran menjadi lebih kuat hari ini dan dapat mengatasi ketinggian paras hari Jumaat, para pelabur diharap jangan terlalu mengharapkan pasaran Bullish buat masa ini. Sebarang Pullback, diramalkan, tidak akan membuat pembetulan yang teruk dan pasaran dijangka melantun dan kenaikan akan berterusan seperti ynga kita lihat Januari lepas sehingga KLCI membuat percubaan pada aras 1775-1785.

Ini adalah Stok-stok Dalam Pemerhatian buat hari Isnin: GKENT, MYEG, E&O, AFFIN, D&O, LIONIND, VS, VS-WA, CIMB, FAJAR, FAJAR-WB, GBGAQRS, GBGAQRS-QA, TOMYPAK, JAK, IWCITY, MALTON, SYSTECH, IJM, GAMUDA, GAMUDA-WE, SIME, AJIYA, BURSA, RHB, GENTING, GHLSYS, MAYBANK, GENM, GENM-C17, NOTION.

Saham-saham lain sila kekalkan posisi.

Semoga hari Isnin anda membawa tuah dan seperti biasa, Selamat Berdagang!


Yang Benar,

Fred Tam
MFTA(USA), M. Phil(MMU)., MSTA(UK).,
CFTe.(USA)., ACCA(UK)
Principal Lecturer of Asia-e-University-PCFTA-EMBA Course
Malaysia’s First Recipient of the Master of
Financial Technical Analysis (IFTA-USA)

F1 Academy of Technical Analysis
Block B, Floor 23A-17, The Scott Garden
Scott Soho Duplex Suite, 289, Jalan Klang Lama
58000 Kuala Lumpur
Contact No:03-7972-4090
Website:www.f1traderacademy.com
www.fredtambookstore.com
www.fredtamnewsletter.com