NEWSLETTER HARIAN FRED TAM (ISNIN, 27-03-2017)

RAMALAN KLSE BUAT 27-03-2017 (ISNIN): KLSE BEREHAT SEBENTAR SAMBIL MENANTI KEPUTUSAN UNDIAN OBAMACARE DI US – FRED TAM

Selamat sejahtera kepada semua,

FBM-KLCI telah ditutup pada aras lebih rendah sebanyak 1.25 mata ataupun 0.07% di aras 1745.75. Kaunter Rugi mengatasi Kaunter Untung sebanyak 590 berbanding 312 dengan 827 kaunter tidak berubah.

Pasaran saham hari Jumaat mendatar disebabkan para pelabur dan pedagang menukar kepada mod berhati-hati sambil menanti keputusan undian daripada US House of Representatives yang sama ada, akan menghapuskan Akta Affordable Care atau lebih dikenali sebagai Obamacare, ataupun tidak.

Sambil menanti keputusan undian, pengambilan untung berlaku di Bursa Malaysia.

Kebanyakan saham-saham TAD megalami fasa berehat atau pullback atas pengambilan keuntungan. Selepas kenaikan pada hari Khamis, penurunan ini agak mengecewakan kerana saya meramal pembelian yang berterusan berlaku. Prestasi saham-saham ‘Jack Ma’ juga agak mengecewakan, terutama APPASIA dan APPASIA-WA. Walaupun kedua-duanya membuat pullback, signal TAD Sell masih belum keluar buat masa ini. Kedua-duanya masih lagi dalam Trend menaik namun sekiranya pasaran bertukar Bearish, sekurang-kurangnya para pelanggan Newsletter akan tahu di mana paras harga untuk keluar. Sila lihat “Malaysia stocks – 27032017” untuk maklumat lanjut. Buat masa sekarang, masih belum ada sebarang signal untuk menjual.

Stok-stok TAD yang lain juga mengalami Pullback tetapi, belum mengeluarkan signal untuk menjual.

Bukan semua prestasi saham mengalami penurunan hari Jumaat ini. Ini adalah saham-saham dalam Pemerhatian buat hari Isnin:
AJIYA, CCM, ECON, OLDTOWN. Saham-saham lain sila kekalkan posisi.

Walaupun pasaran pada hari jumaat agak mendatar, masih ada potensi untuk kenaikan berterusan di KLSE. Saya meramalkan yang KLCI akan naik untuk menguji aras 1775-1785.

Alert bagi Saham-saham untuk Isnin (Pembelian Teknikal dengan syarat Breakout Aras Rintangan):

1.  EMETAL (0.630)
2.  LCTH (0.610)
3.  GOB (0.475)
4.  GOB-WA (0.235)
5.  PADINI (3.07)
6.  PANTECH (0.550)
7.  GADANG (1.32)*
8.  GADANG-WB (0.745)
9.  KRETAM (0.645)*ANALISA GAP
10.  JCY (0.680)
11.  TECFAST (0.410)
12.  OCNCSH (0.590)
13.  BONIA (0.745)
14.  EWEIN (0.870)
15.  CENSOF (0.355)
16.  MHB (0.995)
17.  OCK (0.915)
18.  ARMADA (0.775)*DIKEMASKINI
19.  YONGTAI (1.51)
20.  AWC (1.07)
21.  KGB (0.550)
22.  EMICO (0.365)
23.  OLDTOWN (2.76)
24.  CAREPLS (0.330)
25.  PMETAL (2.72)
26.  PMETAL-WC (2.30)
27.  OPENSYS (0.380)
28.  LBALUM (0.775)
29.  PUNCAK (1.15)
30.  MIKROMB (0.610)
31.  GHLSYS(1.25)
32.  MMSV (0.925)
33.  NYLEX (0.845)
34.  PTB (0.335)
35.  SCOPE (0.275)
36.  GENM (5.69)
37.  HIAPTEK (0.385)
38.  POS (4.79)

Semoga hari Isnin anda membawa tuah dan seperti biasa, Selamat Berdagang!

Yang Benar,

Fred Tam
MFTA(USA), M. Phil(MMU)., MSTA(UK).,
CFTe.(USA)., ACCA(UK)
Principal Lecturer of Asia-e-University-PCFTA-EMBA Course
Malaysia’s First Recipient of the Master of
Financial Technical Analysis (IFTA-USA)

F1 Academy of Technical Analysis
Block B, Floor 23A-17, The Scott Garden
Scott Soho Duplex Suite, 289, Jalan Klang Lama
58000 Kuala Lumpur
Contact No:03-7972-4090
Website:www.f1traderacademy.com
www.fredtambookstore.com
www.fredtamnewsletter.com

Hak milik mutlak. Newsletter di atas mengandungi maklumat yang mungkin tertutup ataupun hanya khas buat pelanggan Fred Tam sahaja. Sekiranya anda bukan mereka yang berkaitan, sila ketahui bahawa menyalin, mengedar dan menggunakan maklumat di atas adalah dilarang. Sekiranya anda tersilap menerima Newsletter ini, sila maklumkan penghantar segera atau hubungi Fred Tam di fredtam6@gmail.com.

Penafian:
Kepada semua pengguna SISTEM TAD, segala maklumat yang terkandung di sini (Carta, Komen atau Analisis) adalah tertakluk untuk KEGUNAAN DALAMAN SAHAJA. Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal asal atau kerugian lain. Artikel dan carta yang disediakan adalah sekadar maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai sebagai khidmat nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang dinyatakan di sini. Pengarang dan / atau kakitangannya mungkin mempunyai posisi dalam sesetengah instrumen ini. Pengarang tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kehilangan modal hasil daripada penggunaan maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. Anda digalakkan untuk mendapatkan khidmat nasihat penasihat profesional yang berlesen untuk sebarang tujuan pelaburan.