NEWSLETTER HARIAN FRED TAM (KHAMIS, 30-03-2017)

RAMALAN KLSE BUAT 30-03-2017 (KHAMIS): SAHAM-SAHAM LOWER LINERS DAN PENNY SEDANG MENGALAMI KENAIKAN, BEGITU JUGA SAHAM-SAHAM INDEKS KLCI – FRED TAM

Selamat sejahtera kepada semua,

FBM-KLCI telah ditutup pada aras lebih rendah sebanyak 4.01 mata ataupun 0.23% di aras 1750.41. Kaunter Untung mengatasi Kaunter Rugi sebanyak 522 berbanding 402 dengan 807 kaunter tidak berubah.

KLCI telah jatuh 4.01 mata semalam disebabkan beberapa saham-saham Indeks KLCI melemah – contohnya ETDAG, GTRONIC, BAT, ASTRO, UNISEM, GENTING, TIMECOM. Namun sentimen keseluruhan masih lagi kelihatan Bullish kerana lebih banyak kaunter yang untung berbanding yang rugi. Kebanyakan saham-saham Lower Liners dan Penny mengalami kenaikan yang memberikan perasaan pembelian kurang rasional terjadi terhadap sektor berikut.

Adakah saham-saham di Bursa Malaysia mengalami kenaikan berspekulasi tanpa sebarang tunjang asas fundamental (selaju ia naik dan juga boleh jatuh pada kadar yang sama) atau adakah ia adalah pembelian sistematik daripada para pengurus dana sejak Januari 2017 ini, kerana mereka telah ‘meninggalkan’ saham-saham ini sejak 2014 kerana Ringgit kita melemah? Buat pengetahuan semua, Ringgit telah menguat kepada 4.4170 daripada 4.4990 pada 4/1/2017 dan hari KLCI bertukar Bullish. Adakah semua ini sekadar kebetulan?

Pada kali ini, mengapakah begitu banyak sekali saham-saham Penny yang ditolak naik? Bermula dengan DATAPRP, EFFICIEN, CUSCAPI, OLYMPIA, IWCITY, D & O, ANZO, AZRB, dan kini beberapa yang lain lagi sepert HALEX,PERMAJU, SANBUMI, BKOON, TATGIAP, KGB, CONNECT, SINOTOP, MKLAND, OCK dan banyak lagi.

Chartist seperti saya akan hanya berdagang dengan saham-saham yang berada pada fasa menaik dan tidak perlu bagi saham-saham berikut mempunyai asas fundamental yang kuat. Apabila TAD menunjukkan “BELI”, saya akan membeli. Tetapi apabila TAD menunjukkan signal “JUAL” kita harus menjauhkan diri dengan saham-saham berikut. Sekiranya saham-saham itu jatuh mendadak, sila gunakan teknik “1-2 Bar Stop” (Fast Turtle) untuk keluar. Teknik ini mampu memberikan kita peluang untuk berdagang dengan saham-saham yang naik dan jatuh dengan pantas dan membuat bentuk parabolik.

Secara teknikal, saya berpendapat bahawa saham-saham lower liners dan Penny akan bergerak naik seiring dengan saham-saham Index KLCI.

Saham-saham dalam pemerhatian bagi hari Khamis adalah: GAMUDA-WE, PENTA, AZRB, MKLAND, SINOTOP, BKOON, AXIATA, OCK, MBSB, E&O, E&O-WB, AIRASIA, EKOVEST, EKOVEST-WB, DRBHCOM, GENTING, LBS. Kekalkan posisi bagi saham-saham yang lain.

Alert bagi Saham-saham untuk hari Khamis (Pembelian Teknikal dengan syarat Breakout Aras Rintangan):

1. TECFAST (0.445)
2. SCH (0.270)
3. SCH-WA (0.175)
4. ASTIONO (0.885)
5. TA (0.635)
6. ALAM (0.330)
7. KYM (0.685)
8. BOILERM (0.920)
9. EKOVEST (1.53)
10. EKOVEST-WB (1.36)
11. EFFICEN (0.500) * Chart Pattern Pennant
12. GPACKET (0.355) * Chart Pattern
13. TADMAX (0.515)
14. PRESTAR (1.03)
15. LCTH (0.610)
16. GOB (0.475)
17. GOB-WA (0.235)
18. PADINI (3.07)
19. GADANG (1.32)*
20. GADANG-WB (0.745)
21. CENSOF (0.355)
22. ARMADA (0.770)
23. AWC (1.07)
24. OLDTOWN (2.76)
25. CAREPLS (0.330)
26. PMETAL (2.72)
27. PMETAL-WC (2.30)
28. LBALUM (0.775)
29. GHLSYS(1.25)
30. MMSV (0.925)
31. PTB (0.335)
32. SCOPE (0.275)
33. POS (4.79)
34. ARANK (1.23)
35. CIMB (5.84)
36. FGV (2.19)
37. D&O (0.665) Chart Pattern
38. VS (1.81)
39. VS-WA (0.390)
40. INSAS (0.965)
41. INSAS-WB (0.350)
42. SYSTECH (0.345)
43. KARYON (0.290)
44. DNONCE (0.315)
45. OCR (0.695)
46. LEWEKO (0.245)

Semoga hari Khamis anda membawa tuah, dan seperti biasa Selamat Berdagang.


Yang Benar,

Fred Tam
MFTA(USA), M. Phil(MMU)., MSTA(UK).,
CFTe.(USA)., ACCA(UK)
Principal Lecturer of Asia-e-University-PCFTA-EMBA Course
Malaysia’s First Recipient of the Master of
Financial Technical Analysis (IFTA-USA)

F1 Academy of Technical Analysis
Block B, Floor 23A-17, The Scott Garden
Scott Soho Duplex Suite, 289, Jalan Klang Lama
58000 Kuala Lumpur
Contact No:03-7972-4090
Website:www.f1traderacademy.com
www.fredtambookstore.com
www.fredtamnewsletter.com

Hak milik mutlak. Newsletter di atas mengandungi maklumat yang mungkin tertutup ataupun hanya khas buat pelanggan Fred Tam sahaja. Sekiranya anda bukan mereka yang berkaitan, sila ketahui bahawa menyalin, mengedar dan menggunakan maklumat di atas adalah dilarang. Sekiranya anda tersilap menerima Newsletter ini, sila maklumkan penghantar segera atau hubungi Fred Tam di fredtam6@gmail.com.

Penafian:
Kepada semua pengguna SISTEM TAD, segala maklumat yang terkandung di sini (Carta, Komen atau Analisis) adalah tertakluk untuk KEGUNAAN DALAMAN SAHAJA. Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal asal atau kerugian lain. Artikel dan carta yang disediakan adalah sekadar maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai sebagai khidmat nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang dinyatakan di sini. Pengarang dan / atau kakitangannya mungkin mempunyai posisi dalam sesetengah instrumen ini. Pengarang tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kehilangan modal hasil daripada penggunaan maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. Anda digalakkan untuk mendapatkan khidmat nasihat penasihat profesional yang berlesen untuk sebarang tujuan pelaburan.