11 Apr NEWSLETTER HARIAN FRED TAM (RABU, 12-04-2017)
RAMALAN KLSE BUAT 12-04-2017 (RABU): GILIRAN SAHAM-SAHAM PENNY BERSINAR WALAUPUN PASARAN KELIHATAN LEMAH – FRED TAM
Selamat sejahtera kepada semua,
FBM-KLCI telah ditutup pada aras lebih rendah sebanyak 3.68 mata ataupun 0.21% di aras 1735.84. Kaunter Rugi mengatasi Kaunter Untung sebanyak 569 berbanding 358 dengan 812 kaunter tidak berubah.
Semalam pasaran kelihatan lemah. Saham-saham TAD tidak aktif. Di sini saya ingin mengingatkan para Pemburu Saham bahawa langit tidak selalu cerah dalam pasaran saham. Kadangkala, akan ada hari yang kurang memberangsangkan. Suka saya mengingatkan bahawa kebanyakan saham-saham TAD sudah menaik sejak Januari tahun ini. Dan sekiranya saham-saham berikut membuat pembetulan, ini adalah benda biasa. Selagi mana saham-saham TAD tidak menunjukkan tiga anak panah SIgnal Jual, pasti ada lantunan dan kenaikan berterusan. Diharapkan anda semua bersabar.
Saham-saham TAD masih lagi dalam fasa menaik dan saham-saham Penny sangat berkemungkinan sedang dipam naik oleh dana-dana. Kenapa saya berkata demikian? Shaam-saham ini sangat aktif dan menaik walaupun dalam pasaran yang melemah.
Ini adalah saham-saham yang menaik dengan kenaikan luar biasa semalam. Saham-saham yang melonjak semalam ialah: PWORTH, MUIIND, PMHOLD, PMCORP, REV, SKBSHUT, MESB, ASIAPAC, SRIDGE, BTM, SOLUTION, TNLOGIS, TB, MUIPROP, HALEX, PANSAR, HALEX, MLGLOBAL.
Adakah saham-saham ini dipam naik secara paksa ataupun bertukar giliran naik setelah tiga tahun dibiarkan begitu sahaja – disebabkan penurunan nilai Ringgit? Sekiranya tahun ini adalah giliran saham-saham Penny dan Lower Liners, maka akan lebih banyak lagi yang akan muncul dalam masa terdekat ini.
Saham-saham dalam Pemerhatian buat hari ini adalah: DNEX, DNEX-WD, IWCITY, DAYANG, GHLSYS (B.O.D.), SOLUTION, TNLOGIS, AZRB, SENERGY, SENERGY-C37, HALEX, SUPERLN (BEWARE OF STOP), MENANG, TA, KENANGA. GDEX, GDEX-WB, MYEG.
Alert bagi Saham-saham untuk hari Selasa (Pembelian Teknikal dengan syarat Breakout Aras Rintangan) adalah:
1. PWORTH (Bagi pembeli Agresif sahaja)
2. MUIIND (Bagi pembeli Agresif sahaja)
3. DNEX
4. DNEX-WD
5. PMHLDG (Bagi pembeli Agresif sahaja)
6. SENERGY
7. ASIAPAC (Bagi pembeli Agresif sahaja)
8. PMCORP(Bagi pembeli Agresif sahaja)
9. SOLUTN
10. SOLUTN-WA
11. DAYANG
12. WCEHB
13. PTB
14. MFLOUR
15. TNLOGIS
16. HALEX
17. MLGLOBAL
18. GDEX
19. GDEX-WA
20. HAIO
21. SUPERLN
22. SCIENTX
23. MFCB-WA
Sila masukkan saham-saham di atas ke dalam Share Investor Station (SI Station) – iaitu “Alert” dan “Portfolio” anda.
Semoga hari Rabu anda membawa tuah dan seperti biasa, Selamat Berdagang!
—
Yang Benar,
Fred Tam
MFTA(USA), M. Phil(MMU)., MSTA(UK).,
CFTe.(USA)., ACCA(UK)
Principal Lecturer of Asia-e-University-PCFTA-EMBA Course
Malaysia’s First Recipient of the Master of
Financial Technical Analysis (IFTA-USA)
F1 Academy of Technical Analysis
Block B, Floor 23A-17, The Scott Garden
Scott Soho Duplex Suite, 289, Jalan Klang Lama
58000 Kuala Lumpur
Contact No:03-7972-4090
Website:www.f1traderacademy.com
www.fredtambookstore.com
www.fredtamnewsletter.com
Hak milik mutlak. Newsletter di atas mengandungi maklumat yang mungkin tertutup ataupun hanya khas buat pelanggan Fred Tam sahaja. Sekiranya anda bukan mereka yang berkaitan, sila ketahui bahawa menyalin, mengedar dan menggunakan maklumat di atas adalah dilarang. Sekiranya anda tersilap menerima Newsletter ini, sila maklumkan penghantar segera atau hubungi Fred Tam di fredtam6@gmail.com.
Penafian:
Kepada semua pengguna SISTEM TAD, segala maklumat yang terkandung di sini (Carta, Komen atau Analisis) adalah tertakluk untuk KEGUNAAN DALAMAN SAHAJA. Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal asal atau kerugian lain. Artikel dan carta yang disediakan adalah sekadar maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai sebagai khidmat nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang dinyatakan di sini. Pengarang dan / atau kakitangannya mungkin mempunyai posisi dalam sesetengah instrumen ini. Pengarang tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kehilangan modal hasil daripada penggunaan maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. Anda digalakkan untuk mendapatkan khidmat nasihat penasihat profesional yang berlesen untuk sebarang tujuan pelaburan.