NEWSLETTER HARIAN FRED TAM (RABU, 22-03-2017)

RAMALAN KLSE BUAT 21-03-2017 (SELASA): KETIKA ANDA MEMBURU SAHAM-SAHAM BULLISH, BERHATI-HATI DENGAN SEBARANG SITUASI BEARISH – FRED TAM

Selamat sejahtera kepada semua,

FBM-KLCI telah ditutup pada aras lebih tinggi sebanyak 5.26 mata ataupun 0.30% di aras 1754.67. Kaunter Untung mengatasi Kaunter Rugi sebanyak 496 berbanding 477 dengan 749 kaunter tidak berubah.

Saham-saham yang berada pada Wave 3 berdasarkan kaedah Elliott tidak pernah gagal memberi memberi kejutan!

Saham-saham ini terus terbang dan terbang. Namun, tidak semuanya akan terus menaik dan pasti ada yang akan membuat Pembetulan dalam jangka masa terdekat ini. Dan bila ini terjadi, adakah anda sebagai seorang Pelabur, akan mengetahuinya?

Sebagai seorang Juruteknik Pasaran, saya telah membuat satu kaedah untuk mengendalikan saham-saham yang menaik dalam bentuk parabolik – iaitu menggunakan kaedah “1 atau 2 Bar Stop” untuk keluar dari pasaran. Ini juga dikenali sebagai peraturan TAD “Fast Turtle”.

Kaedah ini digunakan semasa pasaran membuat trend menaik secara drastik berbanding kenaikan biasa. Ia sudah mengambil kira sebarang pergerakan dan akan menyelamatkan modal para Pedagang dan Pelabur dengan lebih awal lagi. Kaedah ini juga digunakan apabila Sistem Turtle ataupun Moving Average berada terlalu jauh dari Harga dan menjadi kurang efektif.

Sangat penting apabila kita membeli saham-saham yang bergerak laju untuk memahami risiko yang datang dengannya. Perasaan yang datang apbila berada di arah berlawan dengan pasaran bukanlah sesuatu yang menyenangkan!

Sebagai seorang Juruteknik Pasaran, kami tidak akan mendengar sebarang desas desus atau berita dari luar sana terutamanya daripda media sosial kerana kami berpegang dengan konsep “Pasaran/ Harga sudah mengambil kira semua faktor luaran dan dalaman”

Para Juruteknik percaya bahawa sebarang perkara yang boleh memberi kesan kepada pasaran atau harga kepada sesebuah stok itu – sama ada dari segi fundamental, politik, psikologi dan sebagainya – sudah terpapar dalam bentuk Harga di dalam carta.

Ia membuktikan bahawa hanya analisa Harga dan Volume sahaja sudah memadai untuk meramal pergerakan harga sesuatu stok.

Juruteknik faham bahawa terdapat sebab musabab bagi sebarang pergerakan menaik dan menurun pasaran tertentu. Mereka akur bahawa sangat tidak penting bagi mereka untuk mengetahui sebab musabab tersebut.

Buat kenaikan pasaran hari ini, sentimen Bullish berpotensi membawa saham-saham ke aras kenaikan baru, terutama saham-saham yang sudah cukup berehat atau membuat sedang pembetulan. Stok-stok ini akan muncul dalam radar sistem TAD sekali lagi. Bagi yang sudah menaik secara drastik, dan berada dalam fasa Overbought, mungkin sudah sampai masa untuk berehat.

Ini adalah saham-saham dalam Pemerhatian buat hari Rabu:
SCOPE, NOTION (BELI SECARA TEKNIKAL @ 1.33 ATAU LEBIH TINGGI), MRCB, MRCB-C13, FGV, FGV-C24, GKENT (AMBIL SEDIKIT KEUNTUNGAN), GENM, GENM-C17, DUFU, UEMS, UEMS-C31, DRBHCOM, DRBHCOM-C28, APPASIA, APPASIA-WA, KENANGA

Semoga hari Rabu anda membawa tuah dan seperti biasa, Selamat Berdagang!

 


Yang Benar,

Fred Tam
MFTA(USA), M. Phil(MMU)., MSTA(UK).,
CFTe.(USA)., ACCA(UK)
Principal Lecturer of Asia-e-University-PCFTA-EMBA Course
Malaysia’s First Recipient of the Master of
Financial Technical Analysis (IFTA-USA)

F1 Academy of Technical Analysis
Block B, Floor 23A-17, The Scott Garden
Scott Soho Duplex Suite, 289, Jalan Klang Lama
58000 Kuala Lumpur
Contact No:03-7972-4090
Website:www.f1traderacademy.com
www.fredtambookstore.com
www.fredtamnewsletter.com

 

Hak milik mutlak. Newsletter di atas mengandungi maklumat yang mungkin tertutup ataupun hanya khas buat pelanggan Fred Tam sahaja. Sekiranya anda bukan mereka yang berkaitan, sila ketahui bahawa menyalin, mengedar dan menggunakan maklumat di atas adalah dilarang. Sekiranya anda tersilap menerima Newsletter ini, sila maklumkan penghantar segera atau hubungi Fred Tam di fredtam6@gmail.com.

Penafian:
Kepada semua pengguna SISTEM TAD, segala maklumat yang terkandung di sini (Carta, Komen atau Analisis) adalah tertakluk untuk KEGUNAAN DALAMAN SAHAJA. Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal asal atau kerugian lain. Artikel dan carta yang disediakan adalah sekadar maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai sebagai khidmat nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang dinyatakan di sini. Pengarang dan / atau kakitangannya mungkin mempunyai posisi dalam sesetengah instrumen ini. Pengarang tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kehilangan modal hasil daripada penggunaan maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. Anda digalakkan untuk mendapatkan khidmat nasihat penasihat profesional yang berlesen untuk sebarang tujuan pelaburan.