03 Apr NEWSLETTER HARIAN FRED TAM (SELASA, 04-04-2017)
Selamat sejahtera kepada semua,
FBM-KLCI telah ditutup pada aras lebih tinggi sebanyak 5.40 mata ataupun 0.31% di aras 1745.49. Kaunter Untung mengatasi Kaunter Rugi sebanyak 499 berbanding 430 dengan 770 kaunter tidak berubah.
Pasaran telah membuat Pusingan-U semalam selepas pasaran lemah hari Jumaat.
KLCI telah naik 5.40 mata – yang menunjukkan para pengurus dana adalah pembeli utama dalam saham-saham Indeks KLCI. Manakala saham-saham Small Cap, Mid Cap dan Ace yang sedang menaik menunjukkan yang saham-saham Lower Liners terus-menerus menarik perhatian lebih ramai pembeli dari penjual. Ini menyokong pendapat saya berkenaan pasaran sedang Bullish ketika ini. Di samping itu, pengukuhan Ringgit dan kestabilan harga minyak mentah dunia memberi sokongan kepada saham-saham Malaysia.
Pendapat saya secara teknikal masih kekal – iaitu – kebanyakan saham masih akan meneruskan kenaikan. Sekiranya pasaran kekal dengan rentak ini, 2017 akan menunjukkan kenaikan pasaran terbaik dalam tempoh tiga tahun.
Walaupun masih awal, kenaikan KLCI sudah meghampiri kenaikan tertinggi dalam masa hampir dua tahun. KLCI berada pada aras tertinggi sejak 5/6/2015.
Kenaikan Small Cap adalah yang terbaik semenjak November 2014. Kenaikan saham-saham Ace masih belum mampu mengalahkan tahun 2015 namun masih lebih tinggi berbanding tahun lepas semenjak Januari 2016.
Sekali lagi, walaupun dengan kenaikan menyeluruh saham-saham KLSE, berapa lamakah kenaikan ini akan bertahan?
Secara Teknikal, saya berpendapat bahawa tarikh GE14 (Pilihanraya Umum) semakin hampir. Saya berpendapat sedemikian melalui saham-saham berkaitan Pilihanraya yang sedang berada dalam fasa Bullish dan semakain menaik minggu ke minggu. Saya juga berpendapa bahawa kenaikan ini akan berterusan sehingga ke tarikh Pilhanraya berikut.
Saya mempunyai perbezaaan pendapat dengan kebanyakan mereka di luar sana bahawa Barisan Nasional akan mendapat undian yang sedikit kerana segala kontrovesi berkaitan pucuk pimpinan. Pembelian saham-saham KLSE kali ini daripada dana asing dan tempatan menunjukkan bahawa pasaran bersetuju yang BN akan menag sekali lagi pada Pilihanraya Umum ke-14 ini. Pernah terjadi sebelum ini apabila Pak Lah bertanding pada Pilihanraya Umum pada 2004 dan KLCI terus menaik sehingga ke hari Undian. Saya ada mengepilkan carta KLCI tahun 2004 buat rujukan anda semua. Dapat lihat apa yang terjadi sehari selepas keputusan keluar – pada 22/3/2004?
Saham-saham dalam pemerhatian buat hari Selasa adalah: NOTION, VIS, AJIYA, JAKS, MIECO, DUFU, TA, MALTON, MALTON-WB, AMBANK, MAYBANK, GENM, PESONA-WC, 3A, JHM, IWCITY, OCNCASH, LBS, AIRASIA, PENTA, MRCB, MRCB-C13, LEWEKO, FGV, FGV-C22, SINOTOP. Kekalkan Posisi bagi yang lain.
Alert bagi Saham-saham untuk hari Selasa (Pembelian Teknikal dengan syarat Breakout Aras Rintangan):
1. BENALEC (0.630)
2. MPHBCAP (1.65)
3. AEMULUS (0.385)
4. SENDAI (0.715)
5. MBSB (1.31)
6. MIKROMB (0.625)
7. MAYBULK (0.880)
8. EATECH (0.720)
9. PANTECH (0.580)
10. PANTECH-WB (0.250)
11. MALTON (1.49)
12. MALTON-WB (0.650)
13. GBGAQRS (1.39)
14. GBGAQRS-WA (0.370)
15. ORION (0.345)
16. AIRASIA (3.17) ) *DIKEMASKINI
17. TRC (0.605)
18. MRCB-WA (0.180)
19. DRBHICOM (1.47)
20. INARI (2.11)
21. INARI-WB (1.29)
22. TECFAST (0.445)
23. SCH (0.270)
24. SCH-WA (0.175)
25. TA (0.635)
26. KYM (0.685)
27. BOILERM (0.920)
28. EKOVEST (1.53)
29. EKOVEST-WB (1.36)
30. EFFICEN (0.435) * Chart Pattern Pennant Falling Wedge
31. GPACKET (0.375) *DIKEMASKINI
32. TADMAX (0.515)
33. PRESTAR (1.03)
34. LCTH (0.610)
35. GOB (0.475)
36. GOB-WA (0.235)
37. PADINI (3.07)
38. GADANG (1.32)
39. GADANG-WB (0.745)
40. CENSOF (0.345)
41. ARMADA (0.770)
42. AWC (1.07)
43. OLDTOWN (2.76)
44. PMETAL (2.72)
45. PMETAL-WC (2.30)
46. PTB (0.335)
47. SCOPE (0.275)
48. FGV (2.19)
49. D&O (0.740) *DIKEMASKINI
50. VS (1.81)
51. VS-WA (0.390)
52. SYSTECH (0.345)
53. OCR (0.695)
Sila masukkan saham-saham di atas ke dalam Share Investor Station (SI Station) – iaitu “Alert” dan “Portfolio” anda.
Semoga hari Selasa anda membawa tuah dan seperti biasa, Selamat Berdagang!
—
Yang Benar,
Fred Tam
MFTA(USA), M. Phil(MMU)., MSTA(UK).,
CFTe.(USA)., ACCA(UK)
Principal Lecturer of Asia-e-University-PCFTA-EMBA Course
Malaysia’s First Recipient of the Master of
Financial Technical Analysis (IFTA-USA)
F1 Academy of Technical Analysis
Block B, Floor 23A-17, The Scott Garden
Scott Soho Duplex Suite, 289, Jalan Klang Lama
58000 Kuala Lumpur
Contact No:03-7972-4090
Website:www.f1traderacademy.com
www.fredtambookstore.com
www.fredtamnewsletter.com
Hak milik mutlak. Newsletter di atas mengandungi maklumat yang mungkin tertutup ataupun hanya khas buat pelanggan Fred Tam sahaja. Sekiranya anda bukan mereka yang berkaitan, sila ketahui bahawa menyalin, mengedar dan menggunakan maklumat di atas adalah dilarang. Sekiranya anda tersilap menerima Newsletter ini, sila maklumkan penghantar segera atau hubungi Fred Tam di fredtam6@gmail.com.
Penafian:
Kepada semua pengguna SISTEM TAD, segala maklumat yang terkandung di sini (Carta, Komen atau Analisis) adalah tertakluk untuk KEGUNAAN DALAMAN SAHAJA. Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal asal atau kerugian lain. Artikel dan carta yang disediakan adalah sekadar maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai sebagai khidmat nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang dinyatakan di sini. Pengarang dan / atau kakitangannya mungkin mempunyai posisi dalam sesetengah instrumen ini. Pengarang tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kehilangan modal hasil daripada penggunaan maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. Anda digalakkan untuk mendapatkan khidmat nasihat penasihat profesional yang berlesen untuk sebarang tujuan pelaburan.