NEWSLETTER HARIAN FRED TAM (SELASA, 28-03-2017)

RAMALAN KLSE BUAT 28-03-2017 (SELASA): KERISAUAN DISEBABKAN DOW JONES YANG MELEMAH MENYEBABKAN PENJUALAN SAHAM-SAHAM ‘LOWER LINERS’ TETAPI TIDAK MEMBERI KESAN KEPADA YANG LAIN– FRED TAM

 

Selamat sejahtera kepada semua,

FBM-KLCI telah ditutup pada aras lebih rendah sebanyak 0.80 mata ataupun 0.05% di aras 1744.95. Kaunter Rugi mengatasi Kaunter Untung sebanyak 586 berbanding 363 dengan 780 kaunter tidak berubah.

President Trump gagal mendapat undian mencukupi untuk memansuhkan Akta Affordable Care ataupun lebih dikenali sebagai Obamacare semasa hujung minggu lepas.

Berita ini membuatkan pengambilan untung berlaku semasa sesi kedua KLSE petang semalam.

Para pelabur risau yang Donald Trump dalam kegagalan untuk memansuhkan Akta berikut tidak akan mampu untuk membuat sebarang pembaharuan dalam kadar cukai US.

Pada jam 11.13 malam semalam DOw Jones telah jatuh 115 mata ke 20,481.

Sekiranya Dow Jones tidak dapat melantun dan mengurangkan kejatuhan mata semalam, KLSE mungkin akan mengalami kesan sampingan daripda kejatuhan berikut. Namun, saya melihat kejtuhan ini cuma bersifat sementara kerana jangka masa sederhana dan panjang bagi Dow Jones masih lagi Bullish. Justeru itu, Para pelabur dan pedagang tidak seharusnya risau dengan sebarang penjulan panik yang mungkin akan berlaku awal pagi Selasa ini.

Saya melihat secara Teknikal bahawa saham-saham Lower Liners yang mengalami kejatuhan semalam kebanyakannya adalah saham-saham yang naik mendadak sebelum ini (seperti LIONIND, DUFU, IWCITY, DANCO, MIECO) atau pun dengan Volume yang sedikit (tidak menunjukkan pembuangan oleh Sindiket) seperti ARANK, AWC, IWCITY.

Sangat jelas bahawa saham-saham yang terjual seperti STEEL, ANNJOO, LIONIND, MASTEEL, CSCSTEEL, dan juga saham-saham eksport seperti HEVEA, MIECO, EVERGREEN, SYF, POHUAT, LIIHEN, HOMERIZ, TOPGLOV, RUBEREX. Ini mungkin disebabkan nilai Ringgit yang menguat disebabkan kejatuhan Indeks USD.

Disebabkan ketidaktentuan pasaran sejak permulaan bulan Mac ini, saya menyarankan kepada para pelanggan Newsletter agar jangan terlalu agresif dalam dagangan anda. Berhati-hati dengan 1) Pastikan Stop Loss anda dijaga rapi, 2) Kurangkan kerugian sekiranya harga jatuh ke aras Stop Loss anda, 3) Kurangkan posisi sekiranya anda masih ingin berdagang.

Saham-saham dalam pemerhatian bagi hari Selasa adalah: AIRASIA, AIRASIA-C46, MYEG, AJIYA

Alert bagi Saham-saham untuk Selasa (Pembelian Teknikal dengan syarat Breakout Aras Rintangan):

 

1.  LCTH (0.610)

2.  GOB (0.475)

3.  GOB-WA (0.235)

4.  PADINI (3.07)

5.  GADANG (1.32)*

6.  GADANG-WB (0.745)

7.  CENSOF (0.355)

8.  OCK (0.915)

9.  ARMADA (0.770)*UPDATED

10.  YONGTAI (1.48)*updated

11.  AWC (1.07)

12.  OLDTOWN (2.76)

13.  CAREPLS (0.330)

14.  PMETAL (2.72)

15.  PMETAL-WC (2.30)

16.  LBALUM (0.775)

17.  PUNCAK (1.15)

18.  GHLSYS(1.25)

19.  MMSV (0.925)

20.  PTB (0.335)

21.  SCOPE (0.275)

22.  GENM (5.69)

23.  POS (4.79)

24.  ARANK (1.23)

25.  CIMB (5.84)

26.  FGV (2.19)

27.  D&O (0.740)

28.  MBSB (1.27)

29.  VS (1.81)

30.  VS-WA (0.390)

31.  INSAS (0.965)

32.  INSAS-WB (0.350)

33.  SYSTECH (0.345)

34.  KARYON (0.290)

35.  DNONCE (0.315)

36.  OCR (0.695)

37.  LEWEKO (0.245)

 

Semoga hari Selasa anda membawa tuah,namun sila ambil langkah berjaga-jaga dalam berdagang.

Yang Benar,

Fred Tam
MFTA(USA), M. Phil(MMU)., MSTA(UK).,
CFTe.(USA)., ACCA(UK)
Principal Lecturer of Asia-e-University-PCFTA-EMBA Course
Malaysia’s First Recipient of the Master of
Financial Technical Analysis (IFTA-USA)

F1 Academy of Technical Analysis
Block B, Floor 23A-17, The Scott Garden
Scott Soho Duplex Suite, 289, Jalan Klang Lama
58000 Kuala Lumpur
Contact No:03-7972-4090
Website:www.f1traderacademy.com
www.fredtambookstore.com
www.fredtamnewsletter.com

Hak milik mutlak. Newsletter di atas mengandungi maklumat yang mungkin tertutup ataupun hanya khas buat pelanggan Fred Tam sahaja. Sekiranya anda bukan mereka yang berkaitan, sila ketahui bahawa menyalin, mengedar dan menggunakan maklumat di atas adalah dilarang. Sekiranya anda tersilap menerima Newsletter ini, sila maklumkan penghantar segera atau hubungi Fred Tam di fredtam6@gmail.com.

Penafian:
Kepada semua pengguna SISTEM TAD, segala maklumat yang terkandung di sini (Carta, Komen atau Analisis) adalah tertakluk untuk KEGUNAAN DALAMAN SAHAJA. Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal asal atau kerugian lain. Artikel dan carta yang disediakan adalah sekadar maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai sebagai khidmat nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang dinyatakan di sini. Pengarang dan / atau kakitangannya mungkin mempunyai posisi dalam sesetengah instrumen ini. Pengarang tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kehilangan modal hasil daripada penggunaan maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. Anda digalakkan untuk mendapatkan khidmat nasihat penasihat profesional yang berlesen untuk sebarang tujuan pelaburan.